Kehamilan Mengandung

Kehamilan adalah keadaan membawa satu atau lebih embrio atau fetus oleh mamalia betina, termasuk manusia, dalam tubuh mereka. Dalam kehamilan, kemungkinan berlaku kehamilan serentak (sebagai contoh, dalam kes kembar dua, atau kelahiran kembar lebih dari dua). Kehamilan manusia juga merupakan kehamilan yang paling dikaji diantara kesemua kehamilan mamalia.

Kehamilan manusia berlansung sekitar 9 bulan antara tarikh kitaran haid terakhir dan kelahiran (38 minggu dari tempoh persenyawaan). Istilah perubatan bagi wanita mengandung adalah genetalian, sebagaimana istilah perubatan bagi bayi adalah embrio (minggu awal) dan kemudiannya fetus (sehingga lahir). Wanita yang hamil buat kali pertama dikenali sebagai primigravida atau gravida 1: seorang wanita yang tidak pernah mengandung adalah dikenali sebagai satu gravida 0; serupa dengan istilah para 0, para 1 untuk penghamilan kali kedua dan seterusnya.

Dalam takrif-takrif perubatan dan sah dalam masyarakat, kehamilan insani adalah agak secara arbitrari terbahagi kepada tiga tempoh trimester, sebagai satu cara untuk memudahkan rujukan kepada perkembangan janin daripada pelbagai peringkat. Trimester pertama ialah tempoh di mana risiko tertinggi keguguran (kematian biasa embrio atau fetus) boleh berlaku. Trimester kedua ialah semasa perkembangan fetus boleh mula dipantau dan didiagnosis. Trimester ketiga ialah permulaan kebolehhidupan seseorang insani, atau kebolehan fetus untuk terus hidup, dengan atau tanpa bantuan perubatan, dan berada di luar rahim ibu.

Makanan dan Pemakanan Semasa Hamil

Adalah lebih penting dari biasa bagi ibu yang mengandung untuk makan permakanan yang sihat. Kecuali sekiranya dia mengalami masaalah kesihatan khusus (contoh., diabetes mellitus atau edema) kebanyakan nasihat permakanan biasa: karbohidrat-lemak-protin seimbang, makan pelbagai makanan termasuk keluaran tenusu dan beberapa buah dan sayuran setiap hari. Bagaimanapun, sesetengah nasihat khas boleh diberikan:

Asid folik (= folates = Vitamin B9) amat diperlukan pada permulaan kehamilan, malah sebelum persenyawaan. Asid folik diperlukan bagi menutup tiub saraf (neural tube). Ia dengan itu menghalang spina bifida, kecacatan teruk pada bayi. Folate (dari folia, daun) banyak terdapat dalam bayam (segar, dingin atau ditinkan), dan juga terdapat dalam sayuran hijau, salad, tembikai, dan hummus. Di Amerika Syarikat, kebanyakan keluaran gandum (tepung, mee) ditambah dengan asid folik.

Kalsium dan besi amat diperlukan oleh fetus yang cepat membesar. Wanita mengandung dengan itu perlu makan keluaran tenusu (bagi kalsium) dan daging merah (bagi zat besi) sekiranya mereka bukannya pemakan sayuran (vegetarian). Wanita seringkali diberikan pil zat besi, disebabkan ramai wanita muda mendapat anemia lemah (kekurangan zat besi mendorong kepada kekurangan sel darah merah). Kalsium hanya berkesan sekiranya wanita mempunyai cukup vitamin D. Cara terbaik mendapatkan vitamin D adalah untuk berjemur setiap hari selama 10-15 minit. Ikan salmon dan ikan berlemak juga merupakan sumber vitamin D yang baik.

Fluorine membantu membina gigi yang kukuh, dengan menukar kristal kalsium semulajadi: sekiranya air dan garam tidak mempunyai fluorine, adalah bijak bagi mengambil pil mini fluorine pada penghujung kehamilan dan semasa penyusuan dada (tetapi awas dos tinggi adalah beracun!). Di kebanyakan bandar Amerika, air minum ditambah dengan fluorine. Sesetengah wanita mengandung mengalami edema, dan diberitahu untuk mengurangkan pengambilan garam.

Lemak dari ikan salmon, trout, tuna, herring, sardine, dan mackerel mengandungi asid lemak omega 3 (n-3) rantaian panjang yang diperlukan bagi membina membran neuron. Dengan itu pengambilan ikan berlemak semasa mengandung membantu membina otak bayi dan retina. Bagaimanapun, ikan besar seperti tuna dan ikan layaran (swordfish) mungkin mengandungi terlalu banyak raksa beracun, dan seseorang perlu mengimbangi risiko dengan kebaikan: ikan 2 atau 3 kali seminggu kelihatannya memberi cukup lemak, tetapi tidak terlalu banyak raksa.

Bakteria merbahaya atau parasit mungkin mencemari makanan, terutamanya listeria dan toxoplasma, agen toxoplasmosis. Untuk mengelakkan kedua bahaya, aturan kebersihan perlu dipatuhi dengan ketat: basuh buah dan sayuran mentah dengan teliti; lebih masak bakinya, daging dan daging proses; elakkan keju susu mentah (listeria); tukarkan tempat tidur kucing setiap hari dan basuh tangan (toxoplasma); basuh peti sejuk dengan kerap menggunakan klorin dicairkan (kemudian dibilas). Nasihat permakanan dan kebersihan dengan pautan kepada rencana saintifik dan data kuantitatif: Pregnancy Diet