Penyakit Kaki Makan Air

Kaki makan air adalah sejenis penyakit yang juga dikenali sebagai Athletes Foot. Penyakit kaki makan air disebabkan kulat. Penyakit kaki makan air biasanya disebabkan kaki yang selalu berendam air atau lembab.

Kaki makan air (bahasa Inggeris Athlete's foot) menyebabkan kulit dicelah jari kaki yang dijangkiti menjadi berkeruping, bersisik dan gatal. Lepoh dan kulit pecah juga mungkin berlaku, menyebabkan tisu dlam terdedah, kesakitan, bengkak dan radang. Jangkitan bakteria kedua juga boleh berlaku bersama jangkitan kulat yang kadang-kala memerlukan rawatan antibiotik.

Jangkitan ini mampu merebak kepada bahagian lain badan, seperti peha, dan biasanya dikenali dengan nama lain apabila ia merebak, seperti tinea corporis pada tubuh atau anggota badan dan tinea cruris (jock itch atau gatal dhobi itch) bagi jangkitan pada celah peha. Tinea pedis kebiaaannya hadir pada celah jari kaki, biasanya pada jari kaki kempat dan kelima paling kerap.