Jenis Penyakit

Salah satu kategori penyakit terbesar dan terkenal ialah penyakit berjangkit yang merupakan penyakit yang disebarkan oleh agen jangkitan/vektor seperti bakteria, fungi, parasit, virus, dan prion. Ada juga yang jenis penyakit yang disebarkan oleh protozoa dan cacing. Terdapat juga penyakit genetik yang disebabkan oleh kekurangan, keterlebihan, atau kecacatan gen dalam DNA orang yang terbabit; penyakit toksik disebabkan oleh pendedahan berlebihan kepada toksin alam sekitar seperti logam berat; Penyakit kekurangan(zat) yang disebabkan oleh kekurangan zat dalam makanan tertentu; penyakit autoimun yang disebabkan oleh sistem pertahanan badan menyerang tisu badan sendiri; penyakit yang disebabkan oleh kepercayaan pesakit sendiri; dan penyakit yang menggabungkan jenis-jenis penyakit tersebut, termasuklah yang disebabkan oleh punca yang tidak diketahui.

1) Penyakit berjangkit

Penyakit Taun, Cirit-birit, Influenza, Penyakit Malaria, Batuk Kering, penyakit Creutzfeldt-Jacob, Wabak Babun, cacar, Demam Lembah Rift, Chagas, Ebola, Demam Lassa, Sindrom Pernafasan Akut yang Teruk
penyakit bawaan seks, HIV/AIDS

2) Penyakit genetik

Fibrosis Sistol, Homosistonaria, Korea Huntington, distrofi otot, fenilketonuria, porfiria, anemia sel sabit, Tay-Sachs, Thalassaemia, Sindrom Down, buta warna, serta von Hippel-Lindau, ...
Keadaan kecederaan, kecacatan, atau ketidakgunaan (disuse).
Angin Ahmar/strok, artherosklerosis, atrofi, , rabun...

3) Penyakit autoimun

Arthritis Sendi, Sklerosis Berbilang, penyakit kencing manis, Scleroderma, Myasthenia Gravis

4) Penyakit toksik

argiria, hepatitis alkohol; keracunan besi, iron poisoning; keracunan plumbum, lead poisoning; ...

5) Penyakit kekurangan (zat)

beri beri, riket, skurvi, kudis, anemia (kekurangan zat besi)

6) Penyakit endokrin

7) Ganguan neurologik dan sakit mental

schizophrenia, gangguan dwipolar, kerunsingan, masalah konpulsif-obsesif, gangguan pemakanan, dementia

8) Sakit psikogenik

sensitif terhadap bahan kimia, masalah dalam sosial

9) Sakit keadaan

psoriasis, ruam poison ivy

10) Penyakit kardiovaskular atau penyakit jantung ialah sejenis penyakit yang berkait dengan sistem peredaran: jantung dan pembuluh darah.

Sakit jantung yang biasa adalah:

Penyakit jantung koronari (coronary heart disease), terhasil akibat pengumpulan mendapan ateromatus dalam dinding ateri yang membekalkan miokardium.
Penyakit jantung hipertensif (hypertensive heart disease), penyakit yang berciri-cirikan tekanan darah tinggi kepada jantung.
Kegagalan jantung (heart failure), penyakit yang membabitkan jantung gagal mengekalkan aliran darah.
Kor pulmonale (pulmonary heart disease), kegagalan pada ventrikel kanan jantung.
Penyakit serebrovaskular, penyakit yang terjadi pada salur darah ke serebrum atau otak.