Batuk Kokol ( Whooping Cough )

Batuk kokol atau juga dikenali dalam bahasa Inggeris (Pertussis)(disebut /ˈhuːpɪŋ kɒf/ atau /ˈwʊpɪŋ ˌkɑːf/),, atau (whooping cough), adalah penyakit yang amat berjangkit dan merupakan salah satu penyakit bervaksin penyebab utama kematian. Terdapat 30-50 juta kes setiap tahun, dan sekitar 300,000 kematian setahun. 90% semua kes berlaku di negara membangun. Batuk Kokol disebabkan oleh bakteria Bordetella pertussis. Simptom pada awalnya sederhana, dan kemudiannya berkembang menjadi batuk kokol, yang menghasilkan bunyi "whoop" nyaring bagi bayi dan kanak-kanak apabila mereka menghirup udara selepas batuk.

Penyakit batuk kokol disebabkan bakteria Bordetelia pertussis dan berpunca daripada jangkitan saluran pernafasan yang tersekat-sekat terutama di kalangan kanak-kanak berumur bawah dua tahun. Tanda-tandanya ialah batuk sekali-sekala dan melarat menjadi batuk kokol berpanjangan dan akhirnya muntah. Tahap batuk berlangsung selama enam minggu sebelum berkurangan. Di sesetengah negara batuk kokol ini digelar batuk 100 hari.

Penyakit yang serupa, lebih sederhana disebabkan oleh B. parapertussis.

Batuk kokol jika dibiarkan boleh mengakibatkan kerosakan otak. Terdapat kira-kira 40 juta kes baru setiap tahun dan mengakibatkan 340,000 kematian di mana satu peratus daripadanya dikalangan bayi berumur kurang setahun. Pembawa kuman pertussis ialah manusia dan kumannya hidup di saluran pernafasan.

Bakteria batuk kokol sensitif kepada faktor alam sekitar termasuk kekeringan, kepanasan dan sinaran matahari dan mudah tersebar melalui pernafasan. Batuk kokol boleh menyebabkan pneumonia, konvulsi, pendarahan dan kekeringan.

Batuk kokol atau juga dikenali sebagai Pertusis, adalah penyakit yang cepat berjangkit dan merupakan salah satu daripada penyebab kematian utama bagi penyakit yang mempunyai vaksin pencegah kematian. Dianggarkan terdapat 30-50 juta kes setiap tahun, dan sekitar 300,000 kematian setiap tahun. 90% daripada kes berlaku di negara membangun.

Penyakit batuk kokol mula dikenal pasti dan digambarkan seawal tahun 1578, dan organisma penyebabnya, Bordetella pertussis, telah diasingkan dalam kultur ditulenkan pada tahun 1906 oleh Jules Bordet dan Octave Gengou. Pasangan asas genome B. pertussis lengkap berjumlah 4,086,186 telah dipetakan turutannya pada tahun 2002.

Ciri-ciri benyakit batuk kokol adalah batuk, demam, bersin, dan hidung berair. Selepas beberapa minggu batuk bertukar sifat, dengan baruk ( paroxysms ) diikuti serta merta dengan bunyi "whooping". Gejala batuk Coughing fits berkemungkinan diikuti dengan muntah, yang dalam kes teruk boleh menyebabkan kekurangan zat ( malnutrition ). Kerumitan lain penyakit batuk kokol termasuk paru-paru berair ( pneumonia ), encephalitis, dan ( superinfeksi ) bakteria kedua.

Simptom klasik batuk kokol adalah batuk mengejut ("paroxysmal"), pernafasan nyaring ("whoop"), dan muntah selepas batuk. Batuk akibat batuk kokol telah di rekod menyebabkan pendarahan dalam kepala ("subconjunctival hemorrhage"), retak tulang selangka, kencing berterusan, buasir, pengsan selepas batuk ("syncope"), dan kecederaan arteri vertebra ("vertebral artery dissection"). Sekiranay muntah selepas batuk kokol atau bunyi pernafasan nyaring selepas batuk, kemungkinan bahawa ia merupakan batuk kokol hampir berganda. Sebaliknya, ketiadaan batuk tiba-tiba ("paroxysmal") atau "posttussive emesis" menjadikan ia separuh bukan.

Tempoh pengeraman biasanya antara tujuh hingga sepuluh hari, selepas mana biasanya terdapat simptom pernafasan serdahana, batuk serdahana, bersin, atau hidung berair. Keadaan ini dikenali sebagai tahap catarrhal. Selepas satu atau dua minggu, batuk berkembang menjadi batuk kokol klasik luar kawal, dengan setiap lima hingga sepuluh batuk kuat, diikuti dengan bunyi "whoop" nyaring pada kanak-kanak kecil, atau tercungap bagi kanak-kanak lebih tua, ketika pesakit bergelut untuk bernafas selepas batuk (tahap serangan Paroxysmal). Batuk boleh dicetus sendiri atau ketika menguap, menegang urat, gelak, makan, atau menjerit; ia biasanya berlaku secara berkelompok, dengan banyak ulangan setiap beberapa jam sepanjang masa. Tahap ini biasanya berlangsung antara dua hingga lapan minggu, atau kadang-kala lebih lama. Perubahan perlahan kemudian berlaku kepada tahap sembuh, yang biasanya selama satu hingga dua minggu. Tahap ini diikuti dengan pengurangan batuk kokol mengejut ("paroxysms"), dari segi kekerapan dan tahap teruk, dan berhenti muntah.